Buat kali yang keduanya, Puan Mary akan mengadakan sebuah seminar yang dibuka untuk umum yang diberi nama Seminar Imej 360. Seminar ini akan diadakan pada hari Sabtu, 21 Oktober 2017 di SACC, Shah Alam.

Seminar Imej 360 dianjurkan oleh Puan Mary sebagai salah satu saluran bertemu dan berkongsi dengan followers beliau selain menggunakan media sosial.

Di peringkat penganjur, seminar ini mempunyai misi berikut:

  • mengenali ciri-ciri, latarbelakang dan reaksi kumpulan wanita yang meminati ilmu imej dengan lebih mendalam.
  • mengukuhkan jenama Puan Mary dengan menyediakan platform untuk interaksi secara bersemuka di antara Puan Mary dengan pengikut beliau.
  • menyampaikan ilmu imej yang praktikal untuk diaplikasi terus oleh peserta dalam bisnes, kerjaya dan kehidupan seharian peserta.

Untuk tujuan yang sebegitu spesifik, seminar ini disasarkan kepada 200-300 peserta wanita yang datang dengan misi yang sama iaitu:

Mendalami Ilmu Imej, Rasa Lebih Yakin Dan Tampil Lebih Eksklusif.