Puan Mary membina kepercayaan dalam media sosial dengan memposisikan diri sebagai seorang guru yang berilmu dalam bidang imej dan konsisten berkongsi ilmu.

Beliau membuat kajian mendalam sebelum berkongsi sesuatu topik di media sosial milik beliau dan konsisten berkongsi sekurang-kurang 3 post setiap hari.

 Perkongsian beliau ditulis dalam bahasa yang mudah difahami masyarakat umum.

Dengan konsistensi yang luar biasa dalam perkongsian beliau, followers di Facebook beliau (FB: Mary Anni) meningkatkan dari 3,000 ke 60,000 dalam tempoh 10 bulan dan tidak menggunakan iklan berbayar FB.

Perkongsian beliau di Facebook turut mendapat perhatian media bercetak dan elektronik sehingga beliau diundang sebagai speaker rancangan di Astro, TV1, TV3, Nasional FM dan sebagai penulis artikel di Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Majalah Harmoni dan lain-lain.

 

Ramai Mengikuti Puan Mary Kerana Beliau Seorang Yang Genuine.

  • Puan Mary tidak menjual sebarang produk menyebabkan beliau dilihat oleh pengikut sebagai seorang yang genuine dalam setiap perkongsian beliau.
  • Beliau menumpukan kepada perkongsian tentang ilmu imej untuk umum dan kebaikan produk atau servis yang berkaitan.
  • Puan Mary lebih banyak mengendalikan program untuk organisasi korporat berbanding program umum menyebabkan beliau dilihat sebagai seorang yang genuine dan konsisten dalam berkongsi ilmu.
  • Puan Mary sendiri merupakan seorang Master Trainer dalam bidang imej yang mendapat pentauliahan antarabangsa. Beliau tidak hanya bercakap tentang imej atas dasar suka
-suka atau minat semata-mata.